bismillahirahmanirahim...
assalamualaikum readers..dan salam ramadhan semua :)
sedar tak sedar da seminggu kita puasa kan. :)..mesti sekarang ramai yang tengah berebut-rebut untuk kutip pahala bulan puasa ni..bulan ramadhan lah satu-satunya bulan yang adanya malam Lailatul Qadar
yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan
darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar
dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya
yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya...uishh..siapa yang tak nak pahala kan?hehe...marilah sama-sama kita berebut2 untuk menikmati malam lailatul Qadar tu...
puasa- puasa jugakk..solat jangan lupa..ade sesetengah orang tu..benda sunat dibuat..tapi benda yang wajib ditinggal-tinggalkan..apa lah manfaat yang dapat kalau benda wajib pon tak buat..sia-sia je puasa..solat terawih..tak ke sia-sia nama nya?
aku pon nak nasihat orang..aku pon bukanlah baik mana...setiap orang tak ada yang perfect..tapi sebagai manusia...khalifah di muka bumi ni..haruslah saling nasihat-menasihati..tegur yang mana silap..kita yang manusia ni tak terlepas dari buat kesilapan..tapi ada peluang lagi untuk kita bertaubat dan bermuhasabah diri kan.?:)
Time bulan ni lah kesempatan untuk kita berubah ke arah yang lebih baik..maksudnya...time ni lah kita nak mencari keredhaan Allah..mendekatkan diri kita padaNYA..walaupun sebelum ni kita dah banyak tersimpang jauh..lalai..Insyallah..ALLAH maha pengampun lagi maha penyanyang..setiap yang dlakukan oleh hambanya..akan dapatlah ganjaran nya..janji niat kita ikhlas kerana ALLAH S.W.T.. :). semoga ramadhan kali ni lebih bermakna dari ramadhan-ramadhan yang sebelum ni..insyallah... :)
No comments:
Post a Comment